
Cloth Diapers itu suatu pelaburan. Jadi bagaimana cara untuk membuatnya tahan lama? [sumber]
Katanya menggunakan Cloth Diapers itu menjimatkan. Katanya juga Cloth Diapers (terutama jenis “One-Size”) boleh digunakan dari bayi baru lahir sehinggalah 3 tahun. Kemudian, boleh pula digunakan untuk anak-anak kita yang seterusnya.
Adakah ini benar?
Sebenarnya kita perlu ikutkan logik juga. Contohnya, jika kita hanya mempunyai beberapa helai Cloth Diapers, tidak menjaganya dengan betul, dan juga jenama yang dibeli tidak begitu berkualiti, jangan terlalu berharap agar ianya tahan sebegitu lama.
Di sini saya akan mengutarakan tips untuk mengekalkan kualiti dan jangka hayat Cloth Diapers anda.
Bagaimanakah cara untuk membolehkan Cloth Diapers tahan lebih lama?
LAKUKAN LAH YANG BERIKUT:
- Paling utama, beli lah Cloth Diapers yang berkualiti atau yang diketahui umum sebagai jenama yang tahan lama (tanyakan lah pendapat ibu-ibu lain yang ber-Cloth Diaper untuk mendapatkan tips).
- Pastikan stok Cloth Diaper mencukupi, dan lebih bagus jika mempunyai Cloth Diapers dalam jumlah yang banyak. Ini kerana apabila Cloth Diapers yang sama dipakai dan dibasuh berulang kali, ia akan menyebabkan ianya cepat lusuh dari “wear and tear”. Diibaratkan seperti pakaian kita lah, kalau ada 5 helai sahaja dan kita pakai dan cuci hari-hari, mesti tak sampai berapa bulan sudah lusuh atau mungkin koyak, bukan?
- Pilih Cloth Diapers jenis “Snaps” atau butang berbanding Velcro untuk mengelakkan Velcro nya cepat “haus”. Secara umum, Cloth Diapers snaps akan kelihatan “baru” lebih lama berbanding Velcro.
- Jaga lah Cloth Diapers dengan teliti. Pastikan cara pembasuhan dan penggunaan harian mengikut kaedah yang disarankan jenama Cloth Diapers tersebut. Kaedah penjagaan meungkin berbeza bergantung kepada material yang digunakan.
- Gunakan cecair/serbuk pencuci yang sesuai untuk Cloth Diapers! Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers bocor dan mudah rosak.
-

- Jika anda ingin menggunakan Cloth Diapers untuk anak-anak yang seterusnya, belilah Cloth Diapers yang bersaiz (sized diapers) berbanding “One-Size”. Ini kerana Cloth Diapers bersaiz kurang kerap digunakan dan kualitinya akan tahan lebih lama jika disimpan. Bayangkan, Cloth Diapers “One-size” dipakaikan semenjak bayi baru lahir sehingga 2 tahun, betul kah ia boleh digunakan dengan sempurna untuk adiknya pula?
- Sesekali, lakukan “strip washing” untuk menghilangkan bau-bauan dan juga kulat (mold/fungi) yang mungkin tumbuh di Cloth Diapers. Keadaan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers rosak.
- Keringkan Cloth Diapers dengan menyidai di bawah cahaya matahari (gantung/sidai kan dengan cermat) berbanding menggunakan opsyen “Spin Drying” dalam mesin basuh atau menggunakan mesin Dryer.
- Untuk All-In-Two (AI2) diapers dan juga diaper covers, bahagian luarnya (diaper cover) tidak perlu dibasuh dengan kerap, dan elok dibasuh tangan kerana ianya tidak begitu kotor. Ini boleh mengekalkan kualiti lapisan PUL pada diaper cover tersebut.
- Beli Cloth Diapers yang diperbuat dari material sintetik seperti microfiber kerana ianya lebih tahan lasak berbanding material semula jadi/organik seperti bamboo dan kapas (cotton).
- Gunakan “laundry bag/net” jika membasuh menggunakan mesin basuh dan menggunakan opsyen “Spin Dry”.
- Jika menggunakan Cloth Diapers jenis Velcro, sematkan Velcro pada “laundry tab” sebelum membasuh untuk mengelakkannya tertarik/terlekat pada Cloth Diapers yang lain.

Jemurlah Cloth Diapers di bawah matahari – jimat masa, elektrik dan juga sesuai untuk mengekalkan kualiti nya! [sumber]
JANGAN PULA LAKUKAN YANG BERIKUT!
- Jangan perah Cloth Diapers terlalu kuat untuk mengelakkan getah (elastic) cepat lusuh.
- Jangan gunakan sebarang berus yang kasar untuk menggosok/menyental Cloth Diapers.
- Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers bocor dan mudah rosak.
- Jangan basuh Cloth Diapers dengan air yang terlalu panas kerana ini boleh merosakkan PUL (waterproof layer). Jika perlu, gunakan air suam sahaja.
- Jangan gunakan krim lampin (diaper/nappy cream) bersama Cloth Diapers kerana ia mungkin menyababkan kebocoran (gunakan lah krim yang sesuai untuk Cloth Diapers atau pun lapik Cloth Diapers dengan nappy liner jika menggunakan krim tersebut).
Cloth Diapers itu suatu pelaburan (investment), bukan? Setelah menelaah, melakukan kaji selidik, dan melakukan proses pembelian, sudah tentu kita mahukan yang terbaik dari wang yang kita laburkan pada Cloth Diapers, betul tak?
Namun begitu, kita juga perlu realistik dan tidak boleh beranggapan bahawa Cloth Diapers yang kita beli itu boleh tahan sampai beberapa tahun… Saya berharap tips yang saya utarakan ini boleh dijadikan rujukan untuk anda untuk ber-Cloth Diaper dengan bijak dan pintar!
PERSOALAN: Berapa lama sudah anda menggunakan Cloth Diapers anda, dan adakah kualitinya tetap sama seperti baru? Bagaimana cara anda menjaga kualiti Cloth Diapers anda?





16 Comments: Trackback URL | Comments RSS
September 16th, 2010 at 7:25 am
Good review and great tips for local CD consumers. Should you have submitted/published it as featured CD Article elsewhere!
September 19th, 2010 at 7:38 pm
Very good tips.. Sebenarnya dlm berCD ni kita byk belajar drp pembacaan dan pengalaman kan? Dan sesama kita (cd moms) ni amatlah sharing is caring!
September 20th, 2010 at 9:49 am
kaklong, sama-sama….
Bila nak join Diapers Asia? Leh sambung chit chat kat sana? hehe
September 22nd, 2010 at 7:47 pm
huhu.. belum ada masa n kesempatan nak join apa2 forum.. cam susuibu.com pun register jer, lps tu senyap.. hehe..
September 23rd, 2010 at 3:32 am
Saya masih baru dalam CD inisekadar ingin bertanya..bagaimanakah cd ini boleh di pakai bersamma seluar atau pakaian yang lain ketika hendak berjalan2 kerana ia akan menyebabkan size punggung bayi lebih besar dari memakai diapers biasa (pakai buang).
Saya pernah pakaikan CD pada anak sulung dahulu,tetapi keadaan punggungnya menjadi besar dan terbonjol disebabkan CD yang tebal.Jika ada tips,sila replykan di sini atau email saya di alina77@yahoo.com
September 29th, 2010 at 5:00 am
Nora,
Sekadar berkongsi. Untuk kadar serapan yg tinggi tp masih kelihatan nipis (aka tak tebal atau terbonjol),cuba guna fabrik hemp.
Since Nora pun tak sebut nora pakai CD yg mcmn, jd saya assume Nora pakai One Size Pocket diaper. Jika Ya, then Nora boleh cuba 1 microfibre insert + 1 BumGenius Hemp insert.
Utk saya, memang saya guna 1 Bumgenius microfibre insert + Hemp . Kedua2nya dr brand yg sama dan boleh guna combo ni utk malam. Guarantee susah nak bocor.
September 29th, 2010 at 5:02 am
Farhana,
Apsal bila i post comment ada keluar tulisan cina pulak ni?
October 4th, 2010 at 2:50 pm
Sorry k… sebenarnya tulisan cina tu maksudnya “Comment held for moderation”… Saya tak reti nak ubah :p hehehe
October 4th, 2010 at 2:52 pm
Salam Nora, soalan yang baik. Komen Lily di atas boleh diambil kira. Selain itu, boleh juga mencari jenis/jenama Cloth Diapers yang potongannya slim atau “trim”, iaitu memang sesuai dipakai di bawah seluar. Paling menarik, pakaikan sahaja cloth diapers tanpa seluar, bukankah ianya suatu promosi dan boleh lah menayangkan cloth diapers yang comel tu pada yang lain (tapi biasanya comel kalau bayi perempuan, pakai dengan skirt/dress dan menampakkan cloth diaper yang berwarna-warni)
October 21st, 2010 at 6:11 pm
Salam nora. Just nak menyampuk. Saya rasa kalau pakai dgn 1 insert ok je, just nice. Takde masalah kalau nak pakai seluar/ jeans utk diorg..
Kalau pakai dgn 2 insert mmg bulky sket. Selalu utk malam ok la, sbb takde aktiviti apa lagi dah, utk tido jer
Utk siang hari pun ok sebenarnya kalau nak pakai 2 insert (utk lebih serapan). Mcm yg farhana cakap, takyah pakai seluar pun takpe! hehe.. Tp kalau nak pakai 2 insert (siang hari) utk baby 1 tahun lebih ok la, kalau baby kecik lagi takut bulky, kesian plak.
November 2nd, 2010 at 8:40 am
Memang agak besar sikit dari dispo tapi bagi saya ok je taklah terlalu besar kecuali pakai 2 insert sebab anak saya cutting kecik.saya ada pengkelasan untuk cd-cd yang saya ada
brand tertentu untuk kat rumah sahaja & brand yang agak mahal sikit untuk jalan-jalan sebab features dia lebih sempurna-tak mudah bocor dll.kalau pakai dgn skirt mmg tak perlu seluar sbb cd dah cantik
December 11th, 2010 at 9:36 pm
saya kongsi article dalam blog ngan facebook saya yer..
December 17th, 2010 at 12:36 pm
salam perkenalan,saya juga br bjinak2 dgn ilmu cd ni..nak tau la cd dgn insert dijahit skali sama tak kualitinya dgn cd berpoket?
February 18th, 2011 at 7:49 pm
salam..saya nak kongsi semua info&article ini dlm blog saya bley tak…tima kasih
February 18th, 2011 at 11:17 pm
Salam suraya, dipersilakan… dan diharap boleh link kan balik ke page ini
June 22nd, 2011 at 3:49 pm
Hai lily,
nak tanya betul ke jenama bumgenius tu tahan daya serapan? sebab saya pakai coolababy,sunny baby&babyland mmg x brp tahan sgt. kdg2 tension gak bila nak bw anak kluar jalan2. nak letak 1 je insert takut plak bocor. bl pakai 2 insert jenas dia jadi x muat plak sbb pgg jadi besar. klau sapa2 yang tahu cloth diaper mana 1 yg tahan agak lama ckit tlg share ye. yg saya pakai tu kdg2 x sampai 2jam dah bocor.
One Trackback