
“Mak… mana Cloth Diaper feverettt saya yang polka dot tu, belum siap basuh lagi kerrr!!??” [sumber]
Hello semua! Entri ini adalah khas untuk rakan saya yang bertanyakan:
“Macam mana cara you basuh Cloth Diapers? Guna cara Wet Pail atau Dry Pail? Guna cycle apa untuk mesin basuh? Kena kumpul berapa hari dulu baru basuh?”
Eh, banyak betul soalan. Sabar, sabar… satu satu ye cik Kak…
Saya rasa saya akan jawab dengan mengutarakan Bagaimana cara SAYA membasuh Cloth Diapers saya.
*Nota: Ini adalah cara tersendiri saya. Anda tidak perlu ikut 100% macam ini, atau pun rasa bersalah/celaru/dll jika cara saya berlainan dari cara anda. Buat pengetahuan anda juga, rutin pembasuhan saya berubah-ubah mengikut mood dan tahap kerajinan pada ketika itu (hehe). Namun begitu, cara yang saya senarikan di bawah ini dilakukan apabila saya TERAMAT RAJIN dan ADA MOOD. Kiranya, macam rutin paling lengkap lah ni. Namun begitu, matlamat saya dengan semua Cloth Diapers saya adalah: Supaya Cloth Diapers saya tahan lama! Sudah beli elok-elok mesti lah jaga pun kena elok-elok, betul tak?
RUTIN PEMBASUHAN CLOTH DIAPERS SAYA
Buat pengetahuan anda, rutin saya menggunakan mesin basuh. Maaf saya kurang berkemampuan untuk cuci tangan… Saya membasuh menggunakan air sejuk, dan setiap 2-3 hari sekali. Saya mengamalkan cara “Dry Pail”.
A) Selepas Menukar Cloth Diaper:
- Terus bawa Cloth Diaper yang kotor ke bilik air. Buangkan diaper liner (jika guna jenis pakai buang) di dalam tong sampah.
- Jika menggunakan Pocket Diapers, asingkan insert dari cover.

- Kemudian saya bilas dengan air. Selok-eloknya terus bilas untuk mengelakkan kesan dan bau pada Cloth Diaper. Boleh guna toilet sprayer/shower/air di sinki atau berus sedikit. (Senang sahaja, sebab kan dah pakai diaper liner?)
- Kalau ada poo-poo, cuba sebanyak mungkin untuk mengeluarkan apa-apa kesan dari Cloth Diaper, renyah-renyahkan sampai hilang warna dari air bilasan.
- Kalau tiada poo-poo (hanya air kecil), bilas dan renyah-renyah ala kadar sahaja.
- Perahkan air sebanyak mungkin dari Cloth Diaper.
- Masukkan sahaja Cloth Diaper yang diperah dalam diaper pail atau baldi yang bertutup.
B) Hari Pencucian (Laundry Day!)
- Saya cuci Cloth Diapers 2-3 hari sekali (kerana stok Cloth Diapers mencukupi. Kalau tidak, mungkin perlu dibasuh lebih kerap, setiap hari atau selang sehari).
[sumber]
- Asingkan cover dan insert dalam 2 laundry bag/net yang berbeza. Saya gunakan laundry net yang besar saiznya untuk membolehkan pergerakan yang bebas
- Pastikan Cloth Diaper jenis Velcro sudah disematkan pada laundry tab untuk mengelakkan tertarik semasa pembasuhan.
- Masukkan Cloth Diapers dalam mesin basuh dan gunakan cycle “Quick Rinse & Spin” untuk membilas. Sila ikut setting pada mesin basuh anda sendiri. Tidak perlu serbuk pencuci.
- Setelah selesai, masukkan serbuk/cecair pencuci yang sesuai untuk Cloth Diapers. Saya gunakan Pureen HAD. Jangan letak terlalu banyak.
-
[sumber]
- Set-kan pula pada cycle pembasuhan yang lazim (”Wash, Rinse & Spin”). Boleh juga masukkan sekali baju bayi anda yang hendak dibasuh.
- Selepas habis cycle, set-kan semula pada cycle “Quick Rinse & Spin” untuk bilasan akhir. Ini untuk memastikan Cloth Diapers betul-betul bersih daripada kesan serbuk pencuci (Boleh mengakibatkan “detergent build-up” pada Cloth Diapers).
- Selepas selesai, jemur Cloth Diapers di bawah cahaya matahari. Halakan apa-apa kesan yang masih tertinggal ke atas untuk menghilangkan kesan.
- Itu sahaja, tak susah kan?
Saya berharap ini boleh menjadi suatu “guideline” untuk pengguna Cloth Diapers yang lain. Boleh rujuk juga posting ini: 12 Tips Membasuh & Menjaga Cloth Diapers.
SOALAN: Bagaimana pula rutin atau cara anda membasuh Cloth Diapers anda? Ada apa-apa perbezaan ataupun ada yang sama seperti cara saya ini?








4 Comments: Trackback URL | Comments RSS
July 22nd, 2010 at 10:13 am
i’m a working mom, so my routine is even simpler/lazier. my babysitter (my mom haha) washes the ones that is used at her hse and i wash the ones when she’s with me (6pm change, 10pm pre bed change and 6am change). so thats 3 pockets and 4 inserts( double at night). i do laundry everyday, but selang seli one day clothes and one day CD. if its peed CD then lepas change, remove insert, hook tabs and throw both in dry pail. if its poop then spray off poop in toilet, remove insert, hook tabs and throw in dry pail. on CD laundry day, hold breath, open pail, run to washing machine and throw everything in, and breathe normally. set on normal wash, with lunatots detergent secubit rasa. habis wash, hang on line to dry. *mode mak forever in a rush, what with work, masters, and two babies (hubby included)*
July 22nd, 2010 at 9:43 pm
I usually do the same thing as both of you (wet+dry pail method – i prewash CDs to remove stain and masukkan dalam dry pail but my some says that way we are developing bacteria!! Especially if we keep it in longer time. ANY COMMENT??)
On laundry day (usually after 2days) I would throw things in machine. Set machine using cotton cycle at 60degC and wash, spin and rinse as usual. That’s it!
IS IT NECESSARY TO WASH HOT?
Farhana, your way of washing applies to all kan? Fitted etc?? What about diaper cover??
July 23rd, 2010 at 12:40 am
aisah,
Seronoknya mak dah pro pakai cloth diapers, untung betul! Dan saya faham keadaan nak menjaga “baby besar” yang bernama suami. haha.
nurul,
From what I know, wet pail will contribute to more mold growth because its very damp, compared to dry pail. Bacteria, can and should be eliminated if you use hot wash, and also when exposed to sunlight! I think since we have adequate sunlight here, might not be necessary to wash hot? Also, you save on electricity to produce hot water. I’m not sure if hot water can effect lifespan of the CDs.
Correct me if I’m wrong.
July 29th, 2010 at 10:48 am
Get up to RM20 off your favorite diaper. Only at SentuhanBayu.biz
One Trackback