
Ini lah dia produk baru dari Huggies, lampin pakai buang bercorak Jeans!!!
Perlu kah ada produk baru macam ini??! Apakah gunanya menambahkan lagi pewarna (lebih bahan kimia pada punggung bayi!) untuk mengecap lampin pakai buang sebegini sekali? Adakah ianya untuk menambahkan “kecomelan” atau pun “meng-vogue-kan” lagi paras rupa “disposable diapers” yang coraknya memang membosankan dan sungguh tidak menarik itu? Dan untuk apa kita pakaikannya pada bayi untuk tampak lebih bergaya – dan selepas 2, 3 jam kita campak sahaja dalam tong sampah? Sudah lah lampin Huggies Jeans ini juga lebih mahal dari jenis lampin pakai buang yang biasa. Bukankah ianya suatu pembaziran yang amat besar…?
Anda MESTI tonton iklan untuk Huggies Jeans di bawah ini… Diakui, iklan dan modelnya comel sekali, tapi sungguh propaganda!
Oh tidak perlu gimik sebegitu! Adakah memakai lampin pakai buang ini boleh membuatkan bayi kita bergaya seperti dalam iklan tersebut? (Ewah ewah tapi si Comel dalam iklan itu, berjalan penuh keyakinan dengan lampin dia.. :p)
Kami ibu-ibu cerdik lebih gembira menggunakan CLOTH DIAPERS. Selain menjimatkan wang dan mengurangkan kuantiti sampah-sarap dalam komuniti – ianya juga pilihan yang lebih selamat, selesa dan semulajadi untuk anak-anak kita berbanding lampin pakai buang! Juga………. punggung bayi yang memakai Cloth Diapers 100x LEBIH COMEL berbanding yang memakai “disposable diapers” seperti ini! Cloth Diapers pula beraneka corak, warna dan reka bentuk – setiap kali menukar Cloth Diapers pasti ada keceriaan dan fesyen yang baru untuk si Comel! Hari-hari boleh pakai pattern lain-lain pulak tu, oh seronoknya!

Setuju atau tidak…??







7 Comments: Trackback URL | Comments RSS
June 30th, 2010 at 12:22 pm
If it is Cloth diaper with the jeans printing, I think I will get for my baby. However it is disposable… thinking about the harmful chemical substances, better safe than sorry!
June 30th, 2010 at 12:25 pm
Ternyata.. pengeluar “disposable diapers” mula rasa terancam dengan penangan cloth diapers..
June 30th, 2010 at 10:43 pm
Serene,
I wonder if there are cloth diapers with Jeans design?? Hmm… have to look into that.
Yunne,
Kita pengguna cloth diapers takkan lalu pun aisle disposable diapers di kedai (melainkan terdesak… hehe)
July 1st, 2010 at 11:35 am
dispo is dispo.. paling lama pun boleh pakai sampai 10 jam (kot) dan kemudian dicampak ke tong sampah, kemudian dibawa ke tempat pelupusan sampah utk dilupuskan tapi tak lupus sampai beratus-ratus tahun… Apa sangat “gaya” yg selama beberapa jam itu berbanding alam sekitar yg semakin “sakit”.. huhu..
p/s: Walaupun disposal diapers (yg MAHAL) itu kununnya boleh pakai sampai 10 jam tp sgt tidak digalakkan pakai selama itu.. adalah disarankan tukar sekerap mungkin (sbb mengandungi kimia), tp lagi byk la pulak sampah kan?!! duit pun byk terbuang…..
July 3rd, 2010 at 8:32 pm
Tapi baby tu memang sangat comel dan bergaya..kelakar tengok dia.. Tapi sayang kenapa pakai buang?! Kan bagus kalau ada iklan macam tu untuk cloth diapers..
July 3rd, 2010 at 10:39 pm
Saw this on the newspaper. And yea, it will be cute if it’s reusable but too bad it’s still disposable. And agreed with Yunne, the manufacturer of disposable diapers must have aware that cloth diapers is getting more popular which to us if osf course great. I would love to see that cloth diapers being hang on the hypermarket.
July 9th, 2010 at 11:40 am
Agree with the rest..manufacturer of dispos is getting threaten day by day…boy, ini buat me lagi happy sesangat being a Cloth Diaper Momma