Ruam Lampin (Diaper Rash) & Cloth Diapers

Kali ini saya ingin kongsi bersama informasi mengenai Ruam Lampin (diaper rash) dan kaitannya dengan menggunakan Cloth Diapers.

Acap kali kita terbaca informasi yang mengatakan:

“Penggunaan Cloth Diapers boleh mengurangkan/mencegah ruam lampin”

Benarkah kenyataan tersebut?

Selama saya menggunakan Cloth Diapers, saya ketahui bahawa mungkin kenyataan ini kurang tepat. Bayi saya tidak terlepas juga dari mendapat ruam lampin atau “diaper rash”.

Apakah itu Ruam Lampin?

  • Ruam lampin, atau nama medikalnya “Diaper Dermatitis” merujuk kepada ruam pada bahagian kulit bayi yang dipakaikan lampin (diaper area).
  • Ia disebabkan oleh faktor-faktor seperti jangkitan kulit atau bahan yang boleh menyebabkan iritasi.
  • Ia menyebabkan permukaan kulit bayi menjadi merah, menggelupas, berbintik-bintik, gatal atau luka.

Mengapa Ruam Lampin Terjadi?

  1. Punca utama adalah pendedahan kulit bayi kepada kelembapan secara berpanjangan (prolonged wetness).
  2. Perubahan pH kulit kepada lebih berasid yang disebabkan oleh air kencing dan poo bayi.
  3. Pemakanan bayi: Bayi yang menyusu badan kurang mendapat ruam lampin (kerana poo kurang berasid) berbanding bayi yang sudah boleh makan.
  4. Alergi makanan.
  5. Diarrhea.
  6. Perubahan diet ibu yang menyusukan.
  7. Luka pada kulit.
  8. Jangkitan kulat.
  9. Pergeselan berterusan kulit bayi dengan lampin.
  10. Kulit jenis sensitif.
  11. Pendedahan kepada bahan iritan.

**E-mail me this password for 1 EXTRA ENTRY for the Baby-mel/Knickernappies Cloth Diaper Giveaway: “MADE IN USA”**

Katanya pakai Cloth Diapers boleh mengurangkan Ruam Lampin??!

Kenyataan ini bukan lah 100% tepat.

  • Sebab utama ruam lampin terjadi adalah kelembapan, dan tiada kaitan dengan jenis lampin yang dipakaikan.
  • Sekurang-kurangnya 50% bayi akan mendapat ruam lampin selama jangka masa mereka memakai lampin.
  • Tiada perbezaan yang ketara jika kita menggunakan Cloth Diapers atau lampin pakai buang.
  • Amat penting agar lampin kerap ditukar, tidak kira jika menggunakan Cloth Diapers atau lampin pakai buang.
  • Bayi baru lahir perlu ditukarkan lampin baru setiap jam, manakala bayi yang lebih besar, setiap 3-4 jam.

Namun begitu, antara sebab berlakunya ruam lampin yang mungkin berkaitan dengan JENIS lampin yang kita pakaikan pada bayi kita (Cloth Diapers ataupun lampin pakai buang) adalah:

  • Pergeselan berterusan kulit bayi dengan lampin
  • Kulit bayi yang sensitif
  • Pendedahan kepada bahan iritan.

Umum diketahui bahawa bahan-bahan yang digunakan untuk membuat lampin pakai buang (disposable diapers) terdiri daripada bahan kimia dan sintetik – boleh baca lebih lanjut di posting “Apa yang ada dalam produk pakai buang?” Oleh itu pada pandangan saya, ruam lampin boleh lah dikurangkan sedikit dengan penggunaan Cloth Diapers. Sekurang-kurangnya “kulit bayi yang sensitif tidak akan bergesel secara berterusan dengan bahan iritan dan kimia yang ada di dalam lampin pakai buang!” (Pandainya saya karang ayat baru dari ketiga-tiga di atas, hehe) ;)

Tapi perlu diingatkan, pakai Cloth Diapers pun boleh juga mengakibatkan ruam lampin! Saya akan kongsi pula maklumat ini di masa hadapan :)

SOALAN: Adakah anda setuju atau tidak dengan pandangan saya di atas?

Related Posts with Thumbnails

8 Comments: Trackback URL | Comments RSS

  1. nadnye Says:

    saya setuju, agak pening kepala memikirkan camne biar takde ruam lampin nie sebab masa kecil tu kurang dan sekarang nie lebih mudah kena mungkin sebab makanan..
    lebih2 lagi masa kene diarrhea…kadang2 tak perasan dia poo poo..

  2. Yunne Osman Says:

    saya setuju gak.. ada satu ketika baby saya kena ruam yang teruk.. merah dan mengelupas..
    rupanya pengasuh lambat tukar cd.. kadang tu poo poo sampai dh kering tak ditukar (mungkin x perasan sbb xde bau yg kuat berbanding bb yg guna dispo). Alhamdulillah skarang dh ok.. kena rajin pesan kt pengasuh supaya kerap tukar cd

  3. Nik Ha Says:

    Setuju!! Bayi saya salah seorang yg terkena ruam walaupun berCD. Saya rasa faktor pemakanan & usia sbb umur dah setahun lebih ni ok pulak, jarang kena ruam walaupun terlewat tukar. Yg penting memang kena kerap tukar kalau kulit bayi sensitif. Anak saya pengidap ruam panas :) kalau cuaca panas & berpeluh mmg senang kena ruam melecet kat paha yg bergesel dgn PUL.

  4. yantz Says:

    mmm…so far saya baru gaks menggunakan CD pada anak saya..skg usianya 2 bulan…cuba pakaikan CD selama dari jam 8mlm hingga 9pg esok hari…xde plak ruam…telah cuba selama seminggu..alhamdulillah ok…tapi bila gne pampers biasa mmg nmpk merah2…

  5. puan punyer Says:

    far, saya setuju. sebab anak saya still akan dapat ruam kalau lambat tukar agak lama berendam dlm pee2 hehehehe. ada juga bayi yang alah dengan penggunaan jenis kain. tetapi berjauhan dengan penggunaan bahan kimia secara terus adalah jauh lebih baik :)

  6. ibudhira Says:

    saya setuju!! mula nya sy pon hairan sbb setahu sy kalo pakai CD tak akan dpt ruam. rupa nya tidak dan ramia gak yg alami masalah yg sama..lagi2 kalo baby sy kerap kencing n berak..akan dapat ruam.. merah2 jek punggung nye..mungkin kulit nye sensitif..so kena kerap tukar CD ler..tp sy akan teruskan penggunaan CD sbb bayi sy akan berjauhan dengan chemical dari dispo…selamat..

  7. nuzula Says:

    Ya, mmg ada bayi yg tetap naik ruam walaupun pakai CD. Ada yg alah dgn material fleece/ suede . Kebanyakan ok bila pakai CD dari material bamboo. Bamboo cd sesuai utk kulit bayi yg sgt sensitif sbb bamboo adalah hypo-allergenic n anti-bacteria.. Walau apaun lampin/ CD yg kita pakai, yg penting kena kerap tukar (bila dah patut kena tukar tu)..

    Oh ya, ada juga bayi yg mmg alah dgn air kencing / poo dia sendiri. So, mmg bayi cam ni tak blh terperap lama dgn pee/ poo dia.. hehe..

  8. zana Says:

    setuju sangat, anak saya umur dah 11 bulan, start CD since 6 months old. tp baru-baru ni dia kena diaper rashes teruk sangat… menangis/menjerit sampai keraskan badan masa nak basuh punggung dia lepas dia poo. found out that cikgu kat nursery dia selalu lambat tukar CD dia walaupun dah basah dengan air kencing/poo dia.

Post a Comment

Your email is never published nor shared. You're allow to say what you want...