Sungguh seronok ketika melipat dan menyiapkan Cloth Diaper yang baru sahaja dibasuh dan dikeringkan. Oh, sungguh “therapeutic” sekali! Bersih, lembut dan berwarna-warni. Ianya dilipat, dimasukkan insert, dialaskan dengan nappy liner dan disusun, semuanya dibuat dengan sebegitu molek belaka. Kalau ada apa-apa stres, lega seketika apabila melakukan aktiviti ini. Gembira dan mendapat kepuasan tersendiri dengan “hobi kecil” saya ini.
“Apa yang seronok sangat kan? Lampin bayi je padahal??!”
Itulah dia kepuasan menggunakan Cloth Diapers…

Cloth Diapers (dan Cloth Wipes) yang sudah sedia dilipat.
Pocket diapers sudah dimasukkan inserts, Prefolds & kain lampin telah dilipat siap, dan semua Cloth Diapers telah dialas dengan nappy liner.

Ini stok Cloth Diapers tambahan (bukan untuk kegunaan serta-merta).
Di bahagian atas: Kain lampin putih & Prefolds.
Bahagian bawah: Pocket diapers, Diaper covers & Fitted diapers.

Ini pula cara penyimpanan Cloth Diapers untuk digunakan.
Diaper stacker ini terletak betul-betul bersebelahan dengan changing table saya, untuk memudahkan pengambilan. (Bukannya “diaper stacker” pun, storage kanak-kanak dari Ikea
)
Bahagian atas sekali: Encik Pooh, Encik Kucing & Diaper covers.
Bahagian tengah dan bawah: Pocket diapers, Fitted diapers, Prefolds & kain lampin.

Jangan dilupakan Snappis! Penting benda ini.
Bagaimana pula cara organisasi dan penyimpanan Cloth Diapers anda? Ada entri blog bergambar untuknya? Tinggalkan link blog post anda di bawah ini!





3 Comments: Trackback URL | Comments RSS
April 9th, 2010 at 5:16 am
What a clever way to store your cloth diapers, in that little IKEA baggy! Now you’ve got me thinking of how to rearrange my baby changing table to make it more efficient. :p
April 9th, 2010 at 10:42 am
I totally agree with the “THERAPUTIC” part… And your CD’s are wonderfully organised too… make me wanna start organising mine too
April 11th, 2010 at 12:55 am
Michelle,
And you know, what, that baggy was a baby gift too, so convenient! I think you can find other choices in IKEA too.
Zie,
Like my husband mentions: “This cloth diapering thing really is more for the Mummy than for the baby himself”….. Hehehehe!