Review: Washable Liner dari Baby, Mama & Papa E-Store

Kali ini saya ingin me-review produk aksesori Cloth Diaper iaitu Washable Liner. Terima kasih Marsha kerana memberi kesempatan kepada saya :)

Baiklah, ini dia produknya:

20042010724

Apakah Produk “Washable Liner” ini?

  • Material: Fabrik fleece bercorak
  • Kegunaan: Diletakkan di atas Cloth Diaper (apa-apa jenis) untuk mengelakkan poo bayi dari terkena Cloth Diaper.
  • Juga sesuai digunakan sebagai “stay dry liner”. Jika diletakkan liner ini, permukaan Cloth Diaper yang basah tidak akan terkena punggung bayi supaya bayi merasa kering dan selesa.
  • Didapati dari: http://babymamapapae-store.blogspot.com/

Pandangan Pertama:

  • Liner ini nampak sebegitu ringkas dan ’simple’. Rasa macam boleh ambil template dan potong sendiri sahaja :-D
  • Ianya nipis, lembut dan bercorak ceria (Boleh pilih corak lain juga dari blogshop)

20042010720

Penggunaan bersama Fitted Diaper bersaiz M.

Penggunaan:

  • Sebelum dipakai, saya melakukan prewash dengan mesin basuh (dimasukkan dalam beg laundry)
  • Saya gunakan bersama Cloth Diapers jenis Pocket Diaper, Prefold, Flats (Kain Lampin) dan juga Fitted.
  • Pembasuhan: Poo dibilas dan digosok sedikit untuk dikeluarkan, kemudiandibasuh tangan atau masuk mesin basuh bersama Cloth Diapers lain.

Saya Suka:

  • Amat berkesan sebagai “stay dry liner” – Walaupun Cloth Diapers basah, Washable Liner ini dan punggung bayi tetap kering. Bagus!
  • Cepat kering!
  • Tidak perlu lagi membeli disposable nappy liners! :)
  • Satu saiz sesuai untuk semua. Boleh dilipat jika panjang pada Cloth Diaper bersaiz kecil.
  • Amat sesuai dipakaikan dengan Prefold atau Flats (Lampin) kerana Cloth Diaper jenis ini lebih cenderung untuk basah dengan pantas. Liner juga membolehkan punggung bayi berada di atas Liner yang lebih lembut dan selesa berbanding material Prefold dan Lampin :)

24042010742

Penggunaan bersama Flat Diapers (Kain Lampin)

Kurang Puas Hati:

  • Liner sudah mula berbulu di permukaan selepas hanya sekali di-prewash
  • Kurang informasi mengenai produk pada awalnya, seperti bahan fabrik, cara penjagaan dan pencucian (tetapi akhirnya mendapat maklum balas dengan cepat dari Marsha, terima kasih!)
  • Poo anak saya yang cair dan melekit agak susah untuk dikeluarkan dari Liner tanpa sedikit pemberusan.

Respon dari Pihak E-Store:

  • Washable Liners ini elok dibasuh tangan daripada masuk mesin basuh untuk menjamin jangka hayat yang lebih lama.
  • Tidak digalakkan untuk menggunakan berus untuk menyental Liner, hanya cuci tangan dengan lembut.

20042010721

Penggunaan bersama Pocket Diaper pada setting S (Liner dilipat di hujungnya)

Pada pendapat saya, memadai jika kita boleh memiliki 3-4 keping Washable Liners untuk dipakai harian. Mungkin juga penggunaan Liner ini akan menyenangkan proses pembasuhan poo dari Cloth Diapers, hanya cuci sahaja Liners dan Cloth Diaper tiada kesan poo. Tetapi, poo anak saya yang disusukan ibu sepenuhnya agak cair dan akan tetap terkena juga pada Cloth Diaper :)

Secara keseluruhan, Washable Liners adalah satu lagi aksesori yang boleh kita gunakan bersama Cloth Diaper. Saya hanya ada sekeping sahaja, tidak mencukupi lah, kena ada beberapa keping lagi lah macam ni ;)

Dapatkan Washable Liners ini dari Baby, Mama & Papa E-Store.

Cloth Diaper Malaysia mengalu-alukan produk dan aksesori Cloth Diaper/Cloth Pad anda untuk di-review. Sila Hubungi Saya untuk maklumat lanjut. :)

Baca lebih lanjut mengenai lain-lain jenis Aksesori untuk Cloth Diaper di sini: http://clothdiapermalaysia.com/tag/cloth-diaper-accessories/

Anda juga pengguna Washable Liners? Kongsi pengalaman anda di bahagian komen di bawah! :)

Related Posts with Thumbnails

7 Comments: Trackback URL | Comments RSS

  1. Marsha Says:

    Thanks Far sbb sudi review washable liner ni..:). Puas hati dengan review ni…:).

    P/S: Kalau nak tambah bgtau ye…stok masih ada..hehe.

  2. puan punyer Says:

    review yang bagus

  3. KittyCat Says:

    Thanks for posting this. I hate using the disposable liners from Anakku/Pureen etc and would like something like that. But I wouldn’t want a fleece liner which will ‘berbulu’ esp as my baby girl will be wearing it. Wonder if anyone makes bamboo based nappy liners? Would love to try that!

  4. Cloth DiaperMalaysia Says:

    Marsha, thanks to YOU for introducing me to reuseable liners :)

    puan punyer, bila nak cuba?

    KittyCat, you should really convert to reuseables. Actualy the pilling is not so bad, the material is like the fleece lining on Pocket Diapers, so if you know how to care for them (as in not to scrub with a brush, or don’t let it tangle with velcro in the washing machine), it should be ok! :)

  5. hani Says:

    hi..

    hani buat sendiri saja washable liner.. jimat & berbaloi2….

  6. Farhana (ClothDiaperMalaysia) Says:

    hani,
    Betul2….! Kalau dapat beli fleece sekeping yang besar tu boleh gunting banyak2 and guna!

  7. maza asma Says:

    hi,

    kat mana ada jual fleece tu?i pun ingat nak beli je and potong sendiri. thanks

Post a Comment

Your email is never published nor shared. You're allow to say what you want...