Kenali Featured Mom: Nik Ha!

Cloth Diaper Malaysia ingin memperkenalkan Featured Cloth Diaper Mom: Nik Ha!

adnin&kimi drawercd

Mengenai Nik Ha:

Nik Ha adalah seorang ibu bekerjaya beranak dua. Beliau menggunakan Cloth Diaper sepenuhnya semenjak anak perempuan beliau berumur 3 bulan. Seorang yang amat “addicted” dengan Cloth Diapers, sehingga terpaksa “menghalang diri” daripada pembelian yang kerap atas sebab lari bajet. (Saya faham permasalahan anda… Hehe).

1) Apakah yang mendorong anda untuk menggunakan Cloth Diapers?

Ingin berjimat, saya membayangkan setiap keping ‘diaper’ yang dibuang ke tong sampah seolah-olah saya membuang 50 sen. Setiap hari saya akan membuang RM3, setahun jumlahnya RM1095!!! Juga, saya ingin mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia dalam lampin pakai buang kepada anak saya.

2) Dari manakah anda mendapat info untuk ber-Cloth Diaper?

Rujukan utama adalah Forum Susuibu.com dan Blog Diyaluna.com. Selain itu saya juga selalu merujuk pelbagai website di internet yang berkaitan dengan Cloth Diapers.

3) Apakah masalah paling sukar yang pernah dialami selama menggunakan Cloth Diapers, dan bagaimana anda mengatasinya?

Bayi mengalami ruam dan kulit menggelupas. Bagi mengatasinya, saya melakukan ’stripwash’ menggunakan cahaya matahari, cuka, soda dan rendam seketika dengan air suam. Saya juga menggunakan ‘nappy liner’ dan krim Ezerra. Beberapa bulan selepas itu masalah tersebut telah dapat diatasi. Kita hanya perlu kerap menukar Cloth Diaper dan menggunakan sabun yang sesuai untuk membasuh jika kulit bayi agak sensitif.

4) Apakah jenis Cloth Diaper yang pernah anda gunakan.  Jenis manakah yang paling anda gemari?

Pocket One Size Snap Button & velcro & All In One Snap Button & Velcro Saya menggemari kedua-duanya kerana boleh digunakan sejak bayi kecil hingga 3 tahun, mudah dipakai, cepat kering.

5) Bagaimana anda menguruskan rutin harian ber-Cloth Diaper memandangkan anda seorang ibu yang bekerja?

Saya membasuh selang 2-3 hari sekali. Saya mempunyai hampir 30 keping Cloth Diaper. Waktu pembasuhan biasanya awal pagi (antara 4.30-6 pagi) atau malam (10-12 malam) bergantung kepada masa yang terluang kerana anak saya menyusu badan sepenuhnya. Selepas waktu bekerja dia akan ‘melekap’ dengan umminya sepanjang masa :) . Pada hari minggu, Cloth Diapers akan dijemur di bawah cahaya matahari untuk menghilangkan sebarang kesan & menyahbau. Setelah kering, ClothDiaper dilipat siap (dimasukkan ‘insert’ beserta lapik nappy liner bagi AIO untuk memudahkan basuhan jika bayi buang air besar). Tiada masalah menguruskan rutin penggunaan Cloth Diaper walaupun bekerja kerana ianya dibasuh dengan mesin setelah dibilas dan dijemur di bawah kipas pada waktu malam (pada hari bekerja). Ianya cepat kering dan boleh digunakan pada waktu pagi.

6) Apakah nasihat yang boleh anda berikan kepada mereka yang bekerja, tetapi ingin mula ber-Cloth Diaper?

Melakukan ‘survey’, banyak membaca dan bertanya tentang Cloth Diaper, mencuba pelbagai jenis untuk melihat kesesuaian pada bayi dan memilih jenis Cloth Diaper yang paling mudah & praktikal. Peringkat permulaan bolehlah mula menggunakan Cloth Diaper dan lampin pakai buang. Apabila sudah biasa dengan rutin penggunaan/penjagaan bolehlah menggunakannya sepenuhnya.

Terima kasih Nik Ha kerana sudi berkongsi pengalaman anda ber-Cloth Diaper dengan kami! :-D

Lawati blog Nik Ha di http://niznim2.blogspot.com, dan juga blogshop beliau di http://clothdnz.blogspot.com

Jika anda belum sedia maklum, Cloth Diaper Malaysia mengalu-alukan Cloth Diaper Moms dari Malaysia untuk dijadikan Featured CD Moms. Adakah anda berminat untuk berkongsi pengalaman anda ber-Cloth Diaper? Sila rujuk posting ini untuk maklumat lebih lanjut: Want to be a Featured Cloth Diaper Mom?

Related Posts with Thumbnails

3 Comments: Trackback URL | Comments RSS

  1. Nik Ha Says:

    Thanks for publishing this entry :)

  2. farheavena Says:

    Thank YOU Nik Ha. Enjoy the feature. Don’t forget to post about this on your blog ;)

  3. Hanz Says:

    Salam kenal Nik Ha… :>

Post a Comment

Your email is never published nor shared. You're allow to say what you want...