Gunakan 5 Produk Cloth/Kain Yang Mesra Alam Ini!

Sangat menjengkelkan apabila kita mahu melakukan sesuatu untuk alam sekitar, tapi orang di sekeliling kitatidak memahami atau sungguh ‘ignorant’ mengenai hal tersebut. Contohnya begini:

Satu hari RABU yang indah, saya pun pergi ke pasaraya untuk membeli-belah, sambil menjinjing beg membeli-belah saya sendiri (cloth bag). Semasa di kaunter pembayaran:

Saya: Cik, takpe. Tak payah beg plastik ye. Masukkan je dalam beg saya ni.

Juruwang: Eh, kenapa pulak? Hari ni bukan hari SABTU, plastik percuma je hari ni, tak payah bayar 20 sen. (Di negeri Selangor, setiap hari Sabtu adalah “No Plastic Bag Day” – beg plastik dicaj 20 sen setiap satu)

Saya: Takpe laaaah… Takkan hari Sabtu je nak bantu alam sekitar kot…. Kan? *sambil memberikan senyuman yang paling manis*

Jurujual: *buat muka blur dan masih tak faham* (Agaknya dia tengah fikir: “Pelik orang ni, benda free pun tak nak.”

Macam itulah kan. Nak buat macam mana. Kalau kita kurang kesedaran sivik, kita mungkin hanya “menyelamatkan alam sekitar” pada setiap hari Sabtu sahaja kerana kedekut/sayang hendak bayar beg plastik 20 sen. (Tapi kalau pergi grocery shopping mingguan yang memerlukan berbeg-beg, banyak juga jumlah yang perlu dibayar, betul tak…?)

Banyak caranya untuk melakukan sesuatu untuk alam sekitar, walaupun nampak remeh dan mudah. Kata orang putih: “A little bit goes a long way”. Jika anda adalah pengguna Cloth Diaper, walaupun hanya di waktu siang atau seminggu sekali, tahniah – anda tetap telah melakukan bahagian anda untuk mengurangkan sampah-sarap berbentuk Disposable Diapers di atas muka bumi kita ini. Jika belum lagi menggunakan CDs, bermakna anda belum cukup menelaah website ini, hehe!

Selain itu, apa lagi yang boleh anda lakukan? Oleh kerana ini adalah website CLOTH Diaper Malaysia, saya akan memberi cadangan dari segi penggunaan Cloth atau kain berbanding “disposables”. Produk-produk ini bukan sahaja mesra alam, tetapi mungkin boleh menjimatkan wang dan juga lebih elok untuk kesihatan:

Bertukarlah kepada Cloth untuk produk-produk ini:

1) Cloth Pads & Liners

2) Cloth Bags

  • Elakkan penerimaan beg plastik semasa membeli-belah. Sungguh membazir dan menambahkan sampah-sarap sahaja! Jika terpaksa, guna semula beg plastik untuk mengalas tong sampah, jangan dibuang begitu sahaja! Oleh itu, bawalah beg sendiri semasa membeli-belah!

3) Reusable Breast Pads

  • Ini juga satu lagi produk yang mungkin kita tidak endahkan. Semasa jangka masa anda memberi susu ibu kepada anak anda, jangan lagi menggunakan disposable breast pads. Ia juga satu pembaziran dan mungkin juga membahayakan kesihatan. Gunakan Cloth Breast Pads yang boleh dibasuh dan diguna berulang kali!

4) Cloth Wipes


  • Lupakan sahaja jenama-jenama Baby Wet Wipes yang ada di luar sana! Mengapa perlu menggunakan produk pakai buang jika ada alternatif lain yang mesra alam? Gunakan Cloth Wipes!

5) Cloth Napkins


  • Semasa jamuan makan, majlis hari jadi, kenduri-kendara, kita biasanya “menghidangkan” kertas tisu atau paper napkins untuk tetamu kita bukan? Apa kata menggunakan Cloth Napkins pula? Mesra alam pun satu, tetapi ianya juga lebih elegan dan sofistikated berbanding tisu! Nampak mewah gitu.

Produk-produk Cloth yang ingin kita gunakan tidak perlulah comel-comel seperti gambar di atas… Tetapi jika ianya boleh memberikan kita kepuasan dan kita juga seronok apabila menggunakannya, bukankah itu satu lagi alasan yang bagus untuk menjadi mesra alam? :)

Lebih menarik lagi, jika anda mempunyai minat atau kemahiran menjahit, produk-produk di atas juga boleh dibuat sendiri dengan corak dan design yang unik dan tersendiri! Satu lagi kepuasan untuk diri kita.

Kesimpulannya, cuba anda kurangkan atau jangan guna sama sekali produk-produk “pakai sekali dan buang” atau disposables. Amat mudah untuk menjadi seseorang yang mesra alam dan sayangkan alam sekitar! Amat penting juga agar kita memupuk nilai ini kepada anak-anak kita. Ini juga bumi mereka, dan kesedaran sebegini amat mudah untuk diajar semasa mereka masih kecil lagi. Semoga mereka juga boleh hidup di dalam dunia yang indah sebegini di masa hadapan juga :) Amin.

SOALAN: Berapa item di atas ini yang sudah pun anda gunakan? :)

Related Posts with Thumbnails

9 Comments: Trackback URL | Comments RSS

  1. puan punyer Says:

    saya juga sedang build up diri untuk mengurangkan sampah CD sudah, CP on d way, CBreastPad sudah dan cuba terus memperjuangkan ini. tapi itulah kebanyakan orang kita yang masih memandang remeh tentang ini kan.. go green people.. dan pakai dan buang itu mudah tapi mengundang padah kan. ini pesanan untuk diri sendiri juga

  2. Marsha Says:

    Saya juga!!!….(^_^).
    Saya telah melatih diri ini menggunakan item2 yang berasaskan dari CLOTH. Saya telah hampir 4 bulan ber Cloth Diaper. Mmg rasa seronok dan amat jimat. Untuk pengetahuan, penggunaan item berasaskan cloth ni memberikan saya exercise secara tidak langsung kerana ia perlu dibasuh. Dalam masa yg sama kita boleh berjimat & menyelamatkan alam sekitar dari sampah. Saya juga dalam fasa pertama untuk menggunakan Cloth Pad. Sgt teruja untuk menggunakan item2 yg lain juga. Go Green!!!..(^_^)

  3. Lily Says:

    Salam Farhana,
    heheheh rajin betul saya ke blog awak ni.
    Anyway, yes. Semenjak beranak pinak ni, terasa benar nak wariskan bumi hijau utk anak cucu. Saya dah berbeg ikea yg huduh kaler biru tu utk shopping (very roomy & strong), pakai cd utk baby, pakai CP utk maknyer (comel sangat printnyer) , wipes guna wash cloth jer (aka towel good morning), detergent yg biodegradable, lampu sumer electric saving, sabun mandi / syampu guna organic punyer. Yeay!! Go Green!!! eh lupa lak nak sebut, tutup semua lampu masa Earth Hour.

  4. Name Says:

    “We did not inherit this earth from our ancestors – we are merely borrowing it from out children”…that may not be the exact quote, tapi that quote memang rings true, kan? I pakai semua tu, kecuali cloth napkin for guests…tak pernah terpikir sebenarnya! Good idea :)

  5. farheavena Says:

    To my dearest commenters,

    I’m so happy to hear there are others who are also using Cloth diligently. Keep it up ladies, and spread the word too! :-D

  6. Hanz Says:

    Proudly to say…we used ALL!

  7. farheavena Says:

    Hanz,
    Cloth Napkins too? How sophisticated! :)

  8. maryaaa Says:

    oh yes farhana, i had always experienced that, now here especially in Kuantan everytime I refused plastic shopping bags…and take out my own ecobag, they keep on giving me that kind of ‘look’ (akak ni gila ke, datang dari kampung mana ni?) sort of look… especially when i buy only one item and refused the plastic bag, and just carry it in my hand.. they would asked repeatedly ‘betul ke akak taknak plastic???’

    and yes I use CD, CP, CB, Reuseable B.Pads,Wipes and and yes, napkins too..(ah since we were small mom likes to use napkins on the table).

  9. Hanz Says:

    Yes Farhana…the way she brought us up… my mom never believe in tissue…she bought very cherishable cloth napkins & presented it to the guest…only when her anak dara(s) grown up & has family on her own, we bought for her tissue but she refused to use & kept it somewhere. We used to mock her about that, but when I now become more eco-lover, I realized she did the right thing!

One Trackback

  1. 22/05/2010 : Casino 1274462135

Post a Comment

Your email is never published nor shared. You're allow to say what you want...