Blog Posting Mingguan Malaysian Cloth Diaper Moms

Seperti yang anda sedia maklum, saya sedang berpantang selama sebulan sekarang, nak nak pula selepas di-Ceasarean (secara emergency, sungguh tidak diduga, hampanya!) Jadi minta maaf dan ampun jika kekerapan penulisan dan artikel saya agak kurang buat masa ini. Insyaallah, jika ada masa saya akan teruskan menulis lebih banyak artikel lagi.

Namun begitu, saya tetap sempat untuk menjengah ke blog-blog Malaysian CD Moms untuk apa-apa posting mengenai Cloth Diapering. Itulah kerja saya. Ini ringkasan pembacaan saya minggu lepas. (Klik link untuk ke blog posting masing-masing)):

Successfully Cloth Diapering A Newborn dari Mummy’s Reviews

  • Saya amat berbesar hati kerana Mummy’s Reveiws sudi memberi maklum balas dan komen mengenai permasalahan saya menggunakan Cloth Diapers ke atas bayi baru lahir saya. Tip yang diberi: Gunakan kain lampin (flat diapers!)

Cara Mencuci Insert Bamboo & Hemp dari MommyandBebe’s Dot Com blog

  • Seperti dimaklumkan sebelumnya dalam posting saya “Kenali 6 Jenis Fabrik Cloth Diaper”, fabrik jenis bamboo dan hemp adalah material semulajadi (tidak seperti microfiber). Oleh itu, ia memerlukan penjagaan yang spesikif. Posting blog ini menerangkan apa yang perlu anda tahu.

Custom Made Cloth Diapers dari Lisa’s Crappy Rants

  • Ibu ini telah meng-order cloth diapers “custom made” dari US yang sungguh cantik! Sangat menarik, ciri-ciri seperti warna, reka bentuk, jenis cloth diaper, dll semuanya boleh dipilih mengikut citarasa kita. Ini barulah namanya “fully customized”!

Bamboolite Cloth Diapers review dari Aku, dia & kamu

  • Ibu ini pula mempunyai review yang positif mengenai penggunaan Bamboolite cloth diapers. Bila saya melihat design cloth diapers ini, saya merasakan ianya amat serupa dengan cloth diapers bamboo jenama Hatio yang saya ada (namun masih belum digunakan). Jika serupa, mungkin saya juga boleh mendapat pengalaman yang positif seperti ini? :)

Pija, Kamu Pakai Cloth Diapers Tak? dari Siti Sifir’s Supernova Share-Out Space

  • Blog posting ini membincangkan soalan-soalan yang lazim ditanya kepada penulis blog mengenai pengalaman beliau menggunakan cloth diapers. Ibu ini menerangkan rutin pembasuhan, cara pemakaian, permasalahan, pemakaian waktu malam dan jenis cloth diapers yang digunakan.

Baiklah, itu sahaja buat kali ini. Kepada Malaysian CD Moms, teruskan menulis mengenai Cloth Diapers! Pasti ada ramai di luar sana yang berminat untuk membaca blog post anda (seperti saya!) :)

Related Posts with Thumbnails

5 Comments: Trackback URL | Comments RSS

  1. nuzula Says:

    Salam farhana. Tahniah atas kelahiran new baby. So take good care of urself n ur little ones.

    p/s: Baru baca posting u psl 10 problems diapering a newborn tu.. Susah jugak ek.. Apapun saya rasa, what kind of lampin/ CD u use, u better use the nappy liner, sbb newborn baby mmg always poop n poop.. hehe… So, all the best in cd-ing ur baby!!

  2. Lily Says:

    Salam Farhana,
    Tahniah :) Take care of yourself, that’s most important. My 1st born pun C Sec, so memang perlu banyak tenaga utk cepat sembuh. Banyak rehat & spen more time ngan your baby.
    Saya juga antara peminat & blogger utk cloth diapering. Singgah ler ke blog saya. Sama-sama tukar pengalaman.

  3. farheavena Says:

    Salam Nuzula,

    Terima kasih :) Saya setuju bahawa untuk newborn mungkin menggunakan lampin (flat diapers) adalah opsyen terbaik.

    Lily,
    Thank you for dropping by. I stopped over your blog. You have a lot of cloth diaper posts! Will link you up here soon :-D !

  4. Lily Says:

    Salam Farhana,
    Thanks. Saya pun antara CD addict yg tegar hahahaha…. tak dapat beli, tulis pasal CD pun jadikla…. sesambil cuci mata.
    How are you & the baby?

  5. farheavena Says:

    Hi Lily,

    Baby’s fine! The Mummy’s going bonkers with baby and everything else. haha. Pardon my absence here for now :)

Post a Comment

Your email is never published nor shared. You're allow to say what you want...