Cara Mudah & Murah untuk Cloth Diaper Bayi Baru Lahir (Newborn Babies)

Jika anda masih baru dalam dunia Cloth Diapers, mungkin anda merasakan Cloth Diaper itu mahal. Banyak Cloth Diapers yang jenamanya “established” dan telah lama di pasaran adalah jenama luar negara (Rujuk posting “Top 15 Cloth Diaper Brands” untuk mengenali jenama-jenama CD yang popular sekarang). Mungkin dilabel “mahal” kerana harga sekeping sahaja sudah mencecah RM60 ke atas (selalunya jenis Pocket Diapers). Saya setuju kita boleh dapatkan Cloth Diapers yang lebih murah harganya jika ianya bukan jenama antarabangsa atau yang kurang “dikenali” (besar kemungkinan ia Made in China, dll), tetapi saya sendiri belum berkesempatan untuk mencuba untuk menilai kualiti dan keberkesanannya. Namun begitu, saya tahu akan ibu-ibu yang cukup serasi menggunakan jenama-jenama ini, dan berpuas hati dengan pilihan mereka.

Tidak dinafikan juga ramai pengguna lebih cenderung untuk memilih Cloth Diapers jenis POCKET DIAPERS kerana ianya cukup popular dan dikenali. Namun begitu para pengunjung sekalian, eloklah saya memperkenalkan Cloth Diaper jenis PREFOLDS – sebagai salah satu jenis Cloth Diaper yang MURAH dan MUDAH untuk digunakan!


Cloth Diaper untuk Bayi Baru Lahir (Newborns)

Menggunakan Cloth Diapers ke atas bayi baru lahir memerlukan Cloth Diaper dalam kuantiti yang banyak dan juga agak melecehkan. Cloth Diapering pada peringkat awal ini juga mungkin agak sukar dan memerlukan kesabaran. Mengapa pula? (Rujuk juga posting “Berapa CDs yang Saya Perlu untuk Bayi Saya?” untuk pemahaman lebih mendalam):

-          Bayi baru lahir (newborns) sangat kerap membuang air kecil dan besar. Lampin perlu ditukar lebih kurang setiap 2 jam sekali, 12 kali sehari!

-          Ini bermakna, kita memerlukan stok 24-36 keping Cloth Diapers untuk newborn! (jika kita membasuh Cloth Diaper 2-3 hari sekali)

-          Air besar newborn amat cair, sukar melekat pada lampin dan senang bocor di sisi dan belakang (masalah biasa jika menggunakan lampin pakai buang)

-          Newborn masih bersaiz kecil (terutama bahagian peha) dan mungkin tidak sesuai untuk dipakaikan “One Size” Cloth Diapers (kebocoran jika saiz CD tidak sesuai).

Mahu tahu cara paling murah dan senang untuk Cloth Diaper bayi baru lahir? Menggunakan PREFOLDS/FLATS (kain lampin)! Ianya adalah jenis CD yang paling versatil, menjimatkan dan sesuai untuk keperluan newborn:

-          Sekeping Prefold diapers harganya RM8-12 setiap satu. Di mana nak beli Prefolds? Klik link ini untuk senarai kedai: Prefolds di Malaysia.

-          Harga Flat diapers (kain lampin biasa) juga amat murah dan senang didapati di mana-mana pasaraya.

-          Prefolds/Flats sesuai untuk pencucian yang kerap kerana ianya kain yang tahan lasak, dan ianya cepat kering.

-          Kombinasi lengkap yang boleh digunakan adalah Prefolds + Snappi + Diaper Cover. Sistem ini sesuai untuk mengelakkan kebocoran dan penggunaan kerap bagi bayi baru lahir.

-          Diaper Cover menjadikan penggunaan Prefolds sebagai kalis air, dan juga tidak perlu dibasuh setiap kali digunakan kerana ianya lapisan luar. Memadai jika kita ada 4-5 keping Diaper Cover untuk digunakan. Di mana nak beli Diaper Covers? Rujuk di sini.

-          Terpulang kepada bajet, sistem Prefolds+Diaper Cover kosnya hanya RM30-40. Ianya lebih murah jika menggunakan Flats (kain lampin).

-          Jika tidak mahu menggunakan Diaper Covers pun tidak mengapa, prefolds/flats boleh dipakaikan dengan Snappi sahaja. Cuma bersedia dengan alas kalis air jika berlaku sebarang kebocoran!

Siapa kata Cloth Diaper tidak berpatutan harganya? Sesiapa pun boleh menggunakan CDs, dan tidak semestinya membiasakan diri dengan CD jenis Pocket Diapers sahaja. Saya setuju, ada juga Cloth Diapers jenis One Size Pocket Diapers yang berharga RM30-40 sekali dengan inserts, tetapi fikirkan semula: Tiada bezakah CD yang berharga RM30 ini dengan CD yang berharga lebih RM60? Kita juga perlu realistik, jangan hanya kerana “murah”, kita terlalu ghairah membeli. Fikirkan tentang kualiti juga!

*Untuk pengetahuan anda, kualiti Prefolds adalah sama dan standard. Harga Diaper Cover jenama Thirsties dan Bummis yang memang dikenali ramai dengan kualitinya pula berharga RM30-40 setiap satu. (Saya juga beli second hand sahaja, boleh dapat dengan harga RM20 ;) )

Ingati semula mengapa kita mahu menggunakan Cloth Diapers untuk anak kita: Untuk menjimatkan wang? Untuk kebaikan alam sekitar? Untuk keselesaan bayi? Saya rasa penggunaan CD jenis Prefolds/Flats memang mencapai kesemua matlamat ini! Cubalah :)

Related Posts with Thumbnails

10 Comments: Trackback URL | Comments RSS

  1. siti serenity Says:

    hi farhana. masa baby i nak lahir 6 months ago, susah nak dapat prefolds. so i cuba dgn lampin. the problem with lampin is poo poo stain melekat, sukar nak tanggal dgn basuhan mesin. agaknya lebih mudah kalau pakai dengan liner.

    pocket diapers yang sesuai untuk newborn ialah rumparooz, grobaby dan rocky mountain diapers. tapi macam farhana kata, harganya agak mahal.

  2. farheavena Says:

    yer, rumparooz nampak macam best untuk deigunakan! Hari tu dah tengok sample, tapi tak beli lah.. :) All the brands you mentioned are One Sized or Sized CDs?

  3. siti serenity Says:

    all the CD tu, one sized CD, tapi boleh fit average newborn. tapi they are quite smallish compared to other one sized CD like Bumgenius. I am not sure rumparooz boleh fit until age berapa, my 5-month old-baby dah the third setting already!!!

  4. farheavena Says:

    alamak, so kecik “one sized” dia? Baru nak consider nak beli… Aih, it’s still prefolds n diaper covers for my newborn… :)

  5. M shoaib Says:

    HI

    Kindly send me the Email and give us the configration of babies Diapers with best value price and paking details of 40ft contaner CNF at karachi port
    thanks

  6. dina Says:

    salam, for newborns, how many prefolds should i buy?

  7. Farhana (ClothDiaperMalaysia) Says:

    Hi dina,

    It truly depends. Are you going to cloth diaper full time? Just so you know, during the newborn period, you have to go through many diaper changes because they pee and poo often (and in small amounts, but if they poo, you still have to change them right?) I have another post that goes into detail about how many cloth diapers you might need. Please feel free to read it here: http://clothdiapermalaysia.com/2009/12/how-many-cloth-diapers-do-i-need-for-my-baby/

    It might be difficult if you are cloth diapering a newborn the first time (especially if you are also a first time mom). However, think about the amount of money and TRASH you will save if your newborn more than 10 diapers per day! That is like, 1 pack of disposable diaper for less than 1 week!

  8. husna Says:

    Salam,
    Where can I buy snappi to be used with “kain lampin” or prefolds? If possible, I don’t want to use pin, so please advised.

  9. Farhana (ClothDiaperMalaysia) Says:

    Thanks for visiting Husna :)

    You can find commercial brand “Snappis” from normal department stores like Jusco, Parkson, etc. Please note, these are not the original “Snappi” brand, but from local brands. That is the info that I know as of now :)

  10. cing Says:

    Hi, I would like to fully CD my baby who will be here in less than 2 months. Am reading your article 1 by 1 =D
    For newborn, if guna diaper cover, will it be hot and damp for the baby, cos the diaper cover is made of PUL and waterproof right? Will it not cause problems like rashes to the bum?
    Thank you

Post a Comment

Your email is never published nor shared. You're allow to say what you want...