Asas-Asas Cloth Diaper – Tutorial Video

(What Do I Need to Cloth Diaper? – A Tutorial Video)

Kalau belajar melalui menonton video, tentu lebih senang dari membaca entri blog yang panjang berjela-jela kan? Jika anda masih di permulaan “pembelajaran” Cloth Diapering, video ini amat mudah difahami dan merangkumi aspek-aspek penting dalam dunia Cloth Diapering.

Video hampir 7 minit ini dalam Bahasa Inggeris dan bertajuk “What Do I Need to Cloth Diaper”. Kualitinya bagus dan seronok pula untuk ditonton. Kita boleh mempelajari tentang:

  • Apa yang diperlukan untuk Cloth Diapering? – Prefold, Diaper Cover & Snappi/pin!
  • Jenis-jenis Prefold - Bleached & Unbleached
  • Penggunaan Diaper Pail
  • Penggunaan Cloth Wipes – Tidak perlu menggunakan disposable baby wipes!
  • Jenama-jenama Diaper Covers – Seperti Bummis, Thirsties, Fleece Soakers & Imse Vimse
  • Penggunaan Snappi – Tidak perlu menggunakan pin untuk menyematkan Cloth Diapers!
  • Penggunaan Inserts untuk Cloth Diaper waktu malam
  • Apa itu Fitted Diaper?

Saya amat suka video sebegini! Tak banyak songeh, informatif dan senang difahami! Kepada mereka yang pening mengenai Cloth Diapers, ini video untuk anda! :)

Jika anda meminati pembelajaran Cloth Diaper melalui video, anda juga boleh menjengah entri blog saya mengenai Cara-cara Menggunakan Prefolds/Lampin (tutorial video). :)

Related Posts with Thumbnails

Post a Comment

Your email is never published nor shared. You're allow to say what you want...