9 Jenis Aksesori & Peralatan untuk Cloth Diaper

(9 Types of Cloth Diapering Accessories & Needs)

Jika hanya guna Cloth Diaper sahaja, kurang lah seronok nya… Sebenarnya ada bermacam-macam lagi aksesori atau produk berkaitan Cloth Diaper yang boleh membuatkan penggunaan Cloth Diapers serta penjagaan bayi lebih menyeronokkan :) Aksesori-aksesori ini bukan semuanya perlu kita ada, tetapi jika ada bajet yang lebih, apa salahnya ada beberapa tambahan untuk menyenangkan keadaan… Dan juga puas hati dan sedap mata ibu memandang (yang ni memang alasan yang mengada-ngada, hehe) ;)

1) Snappis

snappies

  • Sebelum adanya Snappis, kita perlu menggunakan pin untuk menyematkan kain lampin
  • Penggunaan Snappi amat memudahkan keadaan –tidak perlu lagi terkial-kial untuk pin-kan pada bayi dan takut tercucuk.
  • Snappi senang didapati di mana-mana, di Jaya Jusco pun ada dijual (tak perlu pun beli jenama “Snappi” yang lebih mahal)
  • Cara menggunakan adalah:

2) Diaper Covers


3) Nappy Liners


  • Liners digunakan bersama Cloth Diapers sebagai alas di antara lampin dan bayi. Jika bayi membuang air besar, kita buang sahaja lapisan liner ini, dan Cloth Diaper yang kita guna itu akan lebih senang untuk dibasuh kemudian.
  • Penggunaan Nappy Liners juga memberikan lebih keselesaan kepada bayi kerana ianya memberi rasa yang kering berpanjangan (tidak lembap), dan permukaan yang lembut (liner dari bahan fleece dan suede).
  • Nappy liners boleh didapati dalam bentuk pakai buang (disposables) atau reusable. Ada juga Flushable liners yang boleh di-flush terus di dalam mangkuk tandas.

4) Wetbags


  • Kita boleh menggunakan Wetbags sebagai tempat simpanan khas untuk Cloth Diapers yang telah digunakan (sebelum ianya dibasuh). Ianya boleh digantung untuk kesenangan.
  • Cukup memudahkan juga untuk dibawa berjalan, kita boleh menyimpan Cloth Diapers yang kotor di dalmnya dengan selamat dan bersih.
  • Ada pelbagai saiz: Kecil, besar, sederhana, dll. Terpulang kepada citarasa dan penggunaan.
  • Ianya kalis air, dapat menghalang bau-bau kurang menyenangkan dari merebak, dan ada pelbagai jenis corak yang sungguh menggamit hati.

5) Diaper Pail & Liner


  • Sebagai alternatif kepada Wetbags, anda boleh juga menggunakan bekas simpanan lampin yang berpenutup untuk Cloth Diaper kotor.
  • Apa-apa jenis bekas plastik, tong atau baldi yang cukup besar boleh digunakan, Selain itu, ada juga Diaper Pail dan Liner yang direka khas untuk lampin atau Cloth Diapers.

6) Cloth Wipes & Solution


  • Alang-alang kita berjimat dengan penggunaan Cloth Diapers, jimatkan lagi wang ringgit dengan menggunakan sistem reusable Cloth Wipes untuk mencuci dan membersih bayi semasa menukar lampin (Biasanya, kita akan beli sahaja disposable Baby Wet Wipes tu)
  • Satu cara yang bijak adalah ntuk menghasilkan sendiri “baby wipe solution”. Saya akan menulis mengenainya nanti.
  • Cloth Wipes boleh digunakan berulang kali sebagai baby diaper wipes, memandikan bayi dan kain lap.
  • Cloth Wipes juga boleh didapati dalam beraneka warna dan corak, dan diperbuat daripada pelbagai jenis bahan berkualiti seperti ….
  • Selain itu, apa-apa jenis kain lap atau tuala muka kecil juga boleh digunakan sebagai Cloth Wipes.

7) Diaper Cream

baby bottom balm

  • Jika bayi ada ruam atau kegatalan di bahagian punggung atau bahagian sulit, bolehlah guna Krim Lampin untuk memulihkan keadaan.
  • Pastikan kita menggunakan krim lampin yang tidak akan merosakkan kualiti Cloth Diapers.

8 ) Wee Caps


  • Benda comel ini digunakan khas untuk bayi lelaki bagi mengelakkan “accident” berlaku semasa penukaran lampin! :-D
  • Boleh didapati di Tiny Tapir

9) Changing Table/Mat

  • Elakkan sakit pinggang dan kelam-kabut mencari perkakas-perkakas untuk menukar lampin bayi dengan menyediakan tempat yang khusus untuk fungsi sersebut.
  • Jika tidak mahu changing table, cukup sekadar menggunakan changing mat/pad kalis air sebagai alas semasa menukar lampin bayi.

Itu sahaja! Beraneka macam peralatan dan produk bukan? Penukaran lampin bayi tidak perlu menjadi sesuatu yang membosankan dan rutin, jadikan ianya sesuatu yang menyeronokkan!

Related Posts with Thumbnails

One Comment Trackback URL | Comments RSS

  1. cing Says:

    Hi Farhana,
    May I know which brand of nappy cream (krim lampin) do you recommend, which will not affect cloth diaper quality?
    Do we need to put the cream on baby everytime during diaper changing session?

    Thank you

Post a Comment

Your email is never published nor shared. You're allow to say what you want...