Selamat Datang ke Cloth Diaper Malaysia!

Cloth Diapers yang beraneka bentuk dan warna, comelnya!
Cloth Diapers yang beraneka bentuk dan warna, comelnya!

*Click here for the English version of Introduction to Cloth Diaper Malaysia*

Salam mesra dan TAHNIAH kerana anda berminat dengan dunia Cloth Diapers (atau Bahasa Melayu nya lah: Kain Lampin Moden)!

Ya, saya memang setuju, Cloth Diapers zaman sekarang bukan lagi seperti kain lampin putih yang mak dan nenek kita pakaikan pada kita dengan pin besar dan lapisan plastic waterproof tu…! Oh, tidak… Kalau macam tu, memanglah menyusahkan dan lebih baik pakai lampin pakai buang (disposable diapers) bukan?

Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam subjek Cloth Diaper ni, memanglah pening kepala dan rasa macam susah je nak faham. Banyak sangat bahasa teknikal, jenama, cara-cara pemakaian, isu harga dan lain-lain lagi. Tetapi jika anda ada usaha dan inisiatif untuk mempelajari lebih tentang Cloth Diaper ni, ia adalah suatu produk yang sungguh hebat untuk digunakan untuk anak anda! Jangan bimbang, Insyaallah dengan site Cloth Diaper Malaysia, kini ada satu tempat untuk semua keperluan informasi Cloth Diapers anda seperti:

  1. Jenis-jenis Cloth Diapers
  2. Cara nak pakai (pemakaian)
  3. Cara penjagaan
  4. Di mana nak beli
  5. Blogshop/kedai apa yang menjual Cloth Diapers
  6. Review Cloth Diapers
  7. Dan sebarang info dan tips lain mengenai Cloth Diapers.

Cloth Diaper Malaysia sesuai untuk semua – bakal ibu, ibu-bu dengan anak kecil, kaum bapa, wanita moden dan berkerjaya, dan ahli-ahli keluarga/rakan taulan yang lain. Tidak rugi jika anda tahu perihal Cloth Diapers, mana lah tahu terjatuh cinta (seperti saya!) dan terus mahu menjadikannya sebahagian dari rutin keibu-bapaan anda. Tapi sebelum kita membuat apa-apa pilhan, nak nak lagi dengan hal seperti kos dan wang ringgit Cloth Diaper ni… Elok sangatlah kalau kita sedikit sebanyak memahami dan belajar dulu kan? Belum cuba, belum tahu… Dan kalau belum tahu pun macam mana nak cuba, betul tak?! :)

Jangan lupa untuk Bookmark dan Link kan site ini, ikuti saya di Twitter dan juga Subscribe RSS Feeds Cloth Diaper Malaysia untuk sentiasa mendapat info dan maklumat tentang Cloth Diapers!

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di sini: Contact Me Page.

*Perhatian: Segala pendapat yang diutarakan, dan review Cloth Diaper yang dibuat dalam site ini datang dari saya sendiri. Saya BUKAN pengusaha kedai/bisnes Cloth Diaper saya sendiri.*

Related Posts with Thumbnails

5 Comments: Trackback URL | Comments RSS

  1. mohd shahzerin Says:

    saya nak jd stokis mcm mana ek…..please reply to my email.

  2. iza Says:

    i nak jd reseller…hw n leh bg catalog x

  3. norlizan Says:

    begitu byk jenama CDs di pasaran tp i x tau yg mane satu paling baik& bebaloi utk d beli…tau-tau le..ade2 aje yg ambil kesempatan mjual tiruan punya…tp CDs nie mmg bebaloi-baloi utk d bli..i cuba sehelai..harga mahal ckit le..tu le nak bli lagi.. kat mane nak bli trus dr pgedar ..kalau kat kedai dia up harga…

  4. I'm a full-time mummy Says:

    Hi Cloth Diaper Malaysia!

    Thanks for joining in the giveaway and following my blog! Hope to see you back here sometime! :) Btw, we’re not using CD though I’d love to try and do a review of it.

    ( I’m a full-time mummy )

  5. hairu nizad Says:

    bagai man cara saya ingin membeli lampin moden ini

Post a Comment

Your email is never published nor shared. You're allow to say what you want...